Showing posts with label dataran putrajaya. Show all posts
Showing posts with label dataran putrajaya. Show all posts

Tuesday, 25 November 2014

Koleksi suka-suki Marathon 2014

As salam .. lama betul rasanya x dapat update blog sbb kekangan masa. Ok, kali ni nak cerita-ceriti mengenai sukanlah sikit ek.  Bab-bab sukan ni memang minat sangat-sangat. Terutama yang berlari-larian ni...hahahha. :D Tanpa lengah masa, jenguk-jenguklah gambar di bawah ye...ini koleksi rojak tak ikut tarikh tau.



Ini gambar larian fun run 5km di Dataran Putrajaya. Waktu malam.  Kali ni larian berduet je....ngan dak ecah ... :)


Sempat lagi bergambar dengan serum mawar lagi... hasilnya...muka sentiasa rasa segar dan tidak berminyak. Tak ler nampak comot sangat lepas lari berpeluh-peluh tu..


Tadaaa... nilah Siti Aisha Melisa Yuhaniz ... geng opis saya.  ( dia ni baca berita suara sedap giler ...) Kalau x percaya sila dengar slot berita Radio RTM menerusi saluran Nasionalfm.  hahaha...promote sikit di situ... :p


Haa.. ini koleksi pingat .. suka dok kumpul sebab macam-macam rekabentuknya. Selain jadi bukti kami berjaya 'melarikan diri'..

 
Ni di Dataran Shah Alam .. larian pertama tahun ni, Malaysia Women Marathon. terus ambil 10km gitu...nak jadi cerita tengah berjerebu la plak...hadap jelah..  alhamdulillah dapat tamatkan larian sebelum hujan lebat.  Nasib sempat pulun pisang pemberi tenaga katanya....wakakaka :D   kali ni bersama geng opis juga, Syahidah Jamsari dan Siti Aisha.



Koleksi nombor peserta dan pingat.  Saja, letak sampai dua kali pulak....jangan mare aa... ;)


Akhir sekali ni marathon di taman botani tasik titiwangsa kalau x silap. waktu malam juga. Fun run 6km. yang ini daftar free sebab ambill slot media...seronoknya....x percaya tengok muka budak berdua kiri kanan saya tu...lebarnya sengihan mereka...kannn...hahahahah.


Oklah, setakat ni sahaja.  Harap terhibur dengan cerita sabg kancil dan kura-kura di atas....heheh.  nantikan lagi entry daripada saya.  Seperti biasa akan banyak berkisar mengenai produk mawar zt zeeta. Intai2lah entry sebelum ni ya... tata... :D

Monday, 22 September 2014

Riang ria Riadah Bersama Keluarga :)

Assalamualaikum... Salam 1 Malaysia. Jumpa lagi kita ...kali ni nak cerita pasal family.. Selepas huru hara dengan 4-orang budak kecik ni pada hari akhir cuti sekolah semalam, ayah dan mama pun ajak pergi beriadah di Dataran Putrajaya. Apa lagi, melompat la wei... hahahhaha. :D Elok hujan reda, kami bersiap dan bertolak dalam pukul 5-pm. Siap semua anak-anak???? JOMzzzz.... yeay! jerit mereka berempat. Oppss...nanti dulu, mama nak spray2 serum mawar anti aging dulu ..... ok JOMZZZ ...... oo yeahhhh :D


Haa ... bila sampai, dataran padat, penuh sesak dengan beribu-ribu keluarga (banyaknya ...) yang dah sampai awal untuk santai mantai bersama keluarga.  Kami pun tidak berlengah lagi, sepantas kilat beredar ke laman selera berdekatan ... aman sikit dan ada parking. Ok, kita bergambar jap sebelum main skuter....SMILEEE>>>>>. Nampak tak ceria jer muka si mama tu? sebab dah spray serum mawar kan... kekal segar gitu ... :)

(p/s: Lupa bawa serum nak selfie secara live...tepek jelah gambar iklan kat sebelah....hehehehhe)



Inilah anak-anak dara cilik saya ... MARSYA (kakak) dan MARISSA (kak cik). Senyummmm jer ....



...yang ini pula anak-anak bujang saya ... yang nampak kepala jer tu si bongsu MUAWWIZ, dan yang sedang main skuter berbaju oren tu pula si abang MUQRI.... heeeeeee




Kenal tak yang ni? Ada yang kenal, ada yang tak kenal kannn?? Meh saya perkenalkan, yang baju hitam tu lah encik suami http://www.facebook.com/Yuzrayz.MultiServ .... memantau pergerakan aktif dan ligat kekanak ...hahahhahha.  Ahaa... memang seronok sekali sekala ada peluang macam ni...MASA BERSAMA KELUARGA yang jarang-jarang dapat dilakukan setiap hujung minggu. Sihat pun sihat, betul tak?



Sebenarnya, manusia ni kalau kerja, kerja, dan kerja tak henti-henti memang stress la kan. Jadi, apa kata selain produk mawarista yang saya uar-uarkan dalam blog saya ni - iaitu untuk luaran, kebersihan dan kecantikan wajah dan tubuh badan yang segar dan cergas...dalaman kita pun kena sihat dan lancar.  Ahaa...apa kata kita cuba produk QASEH GOLD seperti gambar di atas.  Mesti pernah dengar kan? Ada QASEH ADINDA, QASEH KEKANDA dan QASEH JUNIOR.  Memang sangat sesuai untuk kita-kita yang sibuk dan perlukan tenaga ekstra nih. Saya memang dah ambil produk makanan sunnah ni, sedap dan berkhasiat tau.  Tapi produk QASEH ni bestpren saya la yang jual, saya tukang beli dan makan jer...hahaha...kalau berminat sila hubungi cik puan SYARIZA ISAHAK aka sya syerie@fb atau di talian 012-2136425.

Hmmm...macam penat jer tulis, macam penat je tulisr...kikiki...oklah, sekian dulu buat kali ni ya, Ini malam kita kerja overtimeeee.....(masuk shif tengah malam). Huwaaarghhh..nak pejam-pejam mata sat sambil kumpul tenaga..sesambil spray2 serum mawar splish - splash- splush....wuhuuuu nyaman........tata-titi-tutu...wsalam.... :)